Pengguna
  • 7.2
  •  
Softonic
  • 10
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
3.9.141.2592006-12-14
Muat turun bulan lepas:
12,983,336
Saiz:
16.51 MB
Pembangun:

Picasa terbaru, sarat dengan ciri-ciri baru

Apabila masanya untuk pemapar foto terdapat banyak alternatif untuk dipilih. Picasa lazimnya digemari di Softonic, dan versi baru ini telah menjadi pilihan mutlak kami..

Susun foto anda

Google Picasa yang baru mengekalkan struktur antara muka sama seperti versi lama, tetapi menyediakan opsyen pengkayaan baru untuk mengurus, menyunting, dan mempamerkan foto dengan cara yang lebih menyenangkan, samada atas atau luar talian – terima kasih kepada perkakas penyelarasan Album Web Picasa.

Pica memaparkan semua foto anda yang diindeks dalam struktur folder mudah guna. Anda boleh biarkan program mengimbas keseluruhan pemacu untuk carian gambar atau pilih direktori spesifik. Klik dua kali pada mana-mana imej akan memaparkannya pada skrin penuh dan memberikan anda akses kepada sejumlah perkakas suntingan asas: antara lainnya ialah pemangkasan, pelurusan, pengubahan warna dan cahaya atau membetulkan kesan mata merah.

Ciri-ciri baru

Versi terkini Picasa mengandungi beberapa ciri baru menarik: pengecaman wajah dan geo-penandaan. Ciri pertama bermaksud Picasa kini boleh mengimbas pustaka foto anda, mengecam dan menyarikan wajah manusia, dan akhirnya membenarkan anda menamakannya Proses ini mengambil sedikit masa untuk dimulakan - sejumlah wajah untuk ditanda dan nama untuk ditulis - tapi sekiranya anda pergi ke tanda Tidak Bernama di bawah album Orang Ramai, anda boleh menambah nama-nama baru dan wajah-wajah dalam jujukan dan menyelesaikannya lebih pantas. Bagi fungsi geo-penandaan, ia kini lebih mudah untuk diguna terima kasih kepada penyiratan Google Maps dalam Picasa: ringkasnya pilih foto yang anda ingin buat geo-penandaan, buka Google Maps dengan klik butang 'Tempat', pandu ke arah lokasi yang sesuai dan klik OK..

Kami terutamanya menyukai Pemapar Foto Picasa yang membenarkan anda menata rajah untuk menggantikan pemapar imej lalai Windows Ia menawarkan lebih perkakasan dan memaparkan foto pada antara muka yang lebih baik sewaktu memaparkannya secara langsung di Windows Explorer, jadi bila Pica bertanyakan anda sekiranya anda ingin menggunanya, jangan teragak-agak!

Tapi Picasa bukan hanya tentang pemaparan dan pembetulan imej. Anda juga boleh membiarkan imaginasi anda menerawang bebas dengan perkakasan untuk mencipta poster, kolaj, pelindung skrin dan juga wayang gambar. Perkara terhebat tentang perkakasan ini bukan sahaja faktanya bahawa ia memberikan anda kebolehan untuk mencipta sesuatu yang unik dan original dengan foto anda; malah amat mengejutkan ianya sangat mudah diguna, dan tidak memerlukan kepada kebolehan teknikal atau kemahiran menyunting foto langsung.

Kesimpulan

Picasa serba baru ini berjaya melengkapkan tugas yang kelihatan sukar: peningkatan kepada perisian yang sudah sememangnya bagus.

Bagus
  • Rekabentuk antara muka yang baik
  • Perkakas suntingan yang ringkas namun berkesan
  • Pemapar Foto Hebat untuk diguna dalam Windows Explorer
  • Kongsi foto melalui emel, pada blog anda atau pada Album Web Picasa
  • Sokongan untuk pengecaman muka dan geotagging imej
Tidak bagus
  • Pengecaman muka mengambil masa untuk ditatarajah

Muat turun: Paling Banyak Album Foto

  1. Adobe Photoshop

    Alami set ciri-ciri baru Photoshop yang mewah

  2. Adobe Illustrator
  3. Windows Movie Maker
  4. Picasa
  5. Photoscape